KEJAAN BANI UMAIYAH

 KERAJAAN BANI UMAIYAH


1. SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah
· Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah
· Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab
· Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
· Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim
· Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat :
- Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah
- Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad
- Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura


2. SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

· KETENTERAAN

· Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
· Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :
1) Pasukan tengah
2) Pasukan sayap kanan
3) Pasukan sayap kiri
4) Pasukan hadapan
5) Pasukan barisan belakang

· Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.
· Angkatan tentera juga terdiri dari

1) Pasukan berkuda

2) Pasukan berkenderaan

3) Pasukan jalan kaki
· Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
· Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah
· Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat
· Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
· Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )

· PENDIDIKAN

- Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
- Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
- Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
- Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
- Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari
- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

· EKONOMI

- Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
- Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini
- Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
- Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
- Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
- Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
- Hasil negara ketika itu terdiri dari :
1) Kharaj
2) Jizyah
3) Zakat
4) Usyur
5) Fai'e
6) Zakat
7) Ghanimah

3. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
· Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.
- Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia
· Penguasaan ilmu pengetahuan.
- Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan

· Ekonomi yang stabil.

- Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi

· Kekuatan tentera

- Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll

· Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

- Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma

· Semangat jihad yang tinggi

- Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran

4. KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ


· Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya
· Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin
· Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat
· Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali
· Melaksanakan hukuman dengan adil
· Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam
· Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat


5. FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam
· Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara
· Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah
· Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah


6. PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM

· Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu
· Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang demi meninggikan taraf umat islam
· Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas
· Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.